
Dapatan yang dikeluarkan hari ini daripada kajian Emir Research pada Ogos melibatkan lebih 2,000 responden menunjukkan Umno mendapat sokongan tertinggi sebanyak 42.8% berbanding parti lain, jauh mengatasi PAS dan PPBM yang masing-masing memperoleh 15.5% dan 8.5% sokongan.
Berdasarkan pecahan demografi pula, Umno menikmati sokongan yang konsisten dengan 25% responden Cina menyokong parti itu.
Ini berbanding dengan hanya 17% daripada responden Cina memilih DAP sebagai parti yang disokong. Parti itu hanya memperoleh 1% sokongan daripada responden Melayu.
DAP merupakan kelompok yang mendapat sokongan ke-2 paling tinggi dalam kalangan orang Cina, diikuti oleh bebas dan MCA.
Ketika ditanya tentang faktor paling penting yang menentukan sokongan mereka, 29% reponden berkata, ia berkait dengan kecenderungan peribadi.
Ia diiikuti rapat oleh faktor kesetiaan parti dan keselesaan terhadap ahli politik tertentu yang masing-masing mencatatkan 25% dan 24% daripada respons responden.