Polis kesan pesakit Covid-19 lari dari Hospital Pulau Pinang

Polis kesan pesakit Covid-19 lari dari Hospital Pulau Pinang

Polis berkata, lelaki warga tempatan berusia 23 tahun dari Kepala Batas itu menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan mengesahkan insiden kehilangan seorang pesakit Covid-19 dari Hospital Pulau Pinang dan sedang giat mengesan lelaki berkenaan.
GEORGE TOWN:
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Sumber polis berkata, lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang tadi.

“Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya,” kata beliau hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.