Kedah beri bantuan RM1,000 kepada penjawat awam, RM200 untuk ‘frontliners’ Covid-19

Kedah beri bantuan RM1,000 kepada penjawat awam, RM200 untuk ‘frontliners’ Covid-19

Bantuan khas kewangan RM1,000 untuk semua penjawat awam dan anggota pentadbiran Kedah yang berjumlah RM5.6 juta akan dibayar bulan depan.

Sumbangan ‘one-off’ RM200 untuk petugas barisan depan akan dikreditkan ke akaun penerima akhir tahun ini.
ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada penjawat awam negeri  serta sumbangan “one-off” RM200 kepada petugas barisan depan Jabatan Kesihatan Kedah.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, bantuan kewangan untuk semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri berjumlah RM5.6 juta itu akan dibayar bulan depan.

“Bayaran untuk petugas barisan depan JKN Kedah adalah bagi menghargai pengorbanan serta kerja keras mereka, dan ia akan dikreditkan ke akaun penerima akhir tahun ini.”

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat menghargai semua kakitangan awam di Kedah yang sentiasa komited dalam melaksanakan semua dasar dan arahan seperti menguruskan Pusat Kawalan Operasi Bencana ketika pandemik Covid-19, penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan dan melaksanakan projek pembangunan yang dirancang sepanjang 2020.

Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa mengalu-alukan rakyat pelbagai kepakaran untuk turut menyumbang buah fikiran dan pandangan demi kemajuan serta kesejahteraan negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.