
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob bekata, antara kesalahan dilakukan, termasuk menyertai aktiviti hiburan.
“Semalam polis menahan 568 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 516 individu dikompaun, manakala 49 direman dan 3 dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (160), aktiviti di pusat hiburan (131), tidak memakai pelitup muka (116), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (56), rentas negeri/daerah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (43) dan lain-lain (62),” katanya dalam taklimat harian berhubung perlaksanaan PKP yang kini memasuki hari ke-243 dalam mendepani penularan wabak Covid-19.
Katanya, menerusi Operasi Benteng pihak berkuasa turut memberkas 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam.