
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan kes positif setakat ini sebanyak 46,209 kes dengan kes aktif 12,131 kes.
“Negeri Sembilan melaporkan sebanyak 371 kes daripada keseluruhan kes positif harian, yang sebahagian besarnya adalah daripada kluster Cergas, iaitu sebanyak 363 kes.
“Negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif hari ini.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 145 kes adalah daripada kluster Cergas, Teratai, Hentian, Perigi, Buntar, Kaya, Tapan Bina, Damanlela, Seri Terapi, Usaha, Sei Dana, Bah Medan, Jaya, Jernih dan Utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Negeri lain yang turut merekodkan kes positif adalah Perak 53 kes, Pulau Pinang (34 kes), Johor (15 kes), Kedah (10 kes), Labuan (8 kes), Melaka (6 kes), Kelantan (5 kes) dan Sarawak (3 kes).
Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes positif, sebanyak 2 kes import membabitkan seorang warganegara dan bukan warganegara yang tiba dari Indonesia dan Jordan.
Sementara itu, sebanyak 803 kes pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kjumulatif kes pulih 33,772 kes.
Dalam pada itu, 103 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, 2 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 306 kes.
“Dua kes berkenaan adalah pesakit dari Sabah masing-masing berumur 78 tahun dan 51 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya.