
Katanya, seseorang menteri tidak akan kebuluran walaupun gajinya dikurangkan 30% sekaligus.
“Sebaliknya terdapat ramai yang tidak ada pendapatan sama sekali kerana tidak bekerja atau berniaga lagi…keluarga akan turut menderita,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
“Mungkin tidak 30%. Mungkin hanya 10%.”
Sementara itu, Mahathir berkata sebarang sekatan harus terhad pada kluster dan kawasan sekeliling, memandangkan kesannya pada pekerjaan dan ekonomi.
“Apakah untuk melindung dari jangkitan dari beberapa pesakit kita kurung penduduk satu negeri?” katanya, dan menambah kawalan cara terhad boleh mengurangkan jumlah rakyat sihat yang tidak dapat bekerja.
“Apabila ekonomi kita tidak berjalan bukan sahaja pekerja yang menganggur tetapi kerajaan juga akan hilang pendapatan.”