919 kes jangkitan baru Covid-19, 996 pulih, 1 kematian

919 kes jangkitan baru Covid-19, 996 pulih, 1 kematian

Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 setakat ini sebanyak 43,791 kes.

PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 919 kes jangkitan baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 1 kematian direkodkan.

Dalam tempoh yang sama, 996 pesakit disahkan pulih.

Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sehingga kini 43,791 kes.

Sabah terus melaporkan angka jangkitan kes tertinggi dengan 318 kes dan diikuti Negeri Sembilan (240).

Noor Hisham berkata, negeri lain mencatatkan jangkitan baru ialah Selangor (174), Pulau Pinang (63) kes, Kuala Lumpur (47), Labuan (35), Sarawak (8), Perak (9), Johor (8), Melaka (8), Kedah (3), Kelantan (2) dan Putrajaya (1).

Sebanyak 1 kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan 303 kes kematian akibat Covid-19.

Sehingga kini, seramai 11,419 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 92 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga kini berjumlah 43,791 kes dan 32,069 pesakit pulih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.