Selangor lulus penjara mandatori, denda RM1 juta terhadap pencemar sungai

Selangor lulus penjara mandatori, denda RM1 juta terhadap pencemar sungai

Hukuman penjara yang menanti pencemar sungai kini mandatori manakala denda maksimum dinaikkan kepada RM1 juta.

(Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Selangor hari ini meluluskan pindaan ke atas enakmen Lembaga Urus Air Selangor bagi memperuntukkan hukuman lebih keras terhadap pencemar sungai yang digunakan loji rawatan air.

Pindaan yang disokong majoriti ahli Dewan Negeri Selangor itu menjadikan hukuman penjara hukuman mandatori dan menaikkan denda maksimum daripada RM100,000 kepada RM1 juta.

Sebelum ini, orang yang didapati bersalah mencemar sumber air berdepan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 3 tahun.

Perkembangan ini diumumkan Speaker Ng Suee Lim hari ini selepas undian suara dibuat dalam kalangan Adun menyusuli bacaan ke-3 usul itu.

Pindaan itu juga memberikan kuasa kepada pegawai polis berpangkat inspektor untuk merampas aset tanpa waran jika mempunyai sebab untuk percara aset itu berkait dengan kesalahan mengikut Seksyen 99A.

Pihak berkuasa juga diberikan kuasa untuk merampas aset mengikut Seksyen 99C dan 99D.

Pemberi maklumat juga akan diberikan ganjaran oleh pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.