KWSP perhalusi kemudahan pengeluaran Akaun 1

KWSP perhalusi kemudahan pengeluaran Akaun 1

KWSP berkata, perincian dan syarat kemudahan pengeluaran tambahan akan dibuat dalam masa terdekat.

KWSP berkata, kemudahan pengeluaran daripada Akaun 1 perlu mengimbangkan keperluan ahli menangani cabaran semasa dengan memastikan simpanan persaraan untuk masa depan.
KUALA LUMPUR:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan perincian teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

“Perincian dan syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.