Ibu pejabat LHDN di Cyberjaya ditutup sementara hingga 11 Nov

Ibu pejabat LHDN di Cyberjaya ditutup sementara hingga 11 Nov

LHDN berkata, pembayar cukai disaran melakukan urusan percukaian secara dalam talian sepanjang tempoh berkenaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri berkata, ibu pejabat jabatan itu di Menara Hasil di Cyberjaya ditutup bermula esok hingga 11 Nov depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
KUALA LUMPUR:
Ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Hasil, di Cyberjaya ditutup sementara mulai esok hingga 11 Nov bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.