Rekod tertinggi 1,755 kes Covid-19, 2 kematian

Rekod tertinggi 1,755 kes Covid-19, 2 kematian

Ia merangkumi 1,752 kes penularan tempatan dan 3 kes import.

PETALING JAYA: Kes baru Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi, iaitu 1,755 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini ialah hari ke-4 berturut-turut kes Covid-19 mencapai 4 angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,752 kes ialah penularan tempatan, manakala 3 lagi kes import yang membabitkan 2 warganegara dan seorang warga asing dari Arab Saudi, Afrika Selatan serta Myanmar.

Katanya, Sabah mencatatkan 1,199 kes atau 68.3% daripada keseluruhan kes positif hari ini.

“Sebanyak 741 kes (42.2%) yang dilaporkan berkaitan kluster penjara dan pusat tahanan sementara (PTS).

“Ini melibatkan kluster PTS Tawau (372 kes), kluster Penjara Sandakan (184 kes), kluster Seberang Perai (162 kes), kluster Tembok (10 kes), kluster Penjara Kepayan (8 kes), kluster Penjara Reman (3 kes) dan kluster Benteng LD (2 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham berkata, Pulau Pinang mencatatkan 192 kes, Selangor (164), Labuan (59), Negeri Sembilan (45), Kedah (19), Perak (18), Kuala Lumpur (17), Sarawak (17), Putrajaya (9), Terengganu (8), Johor (3) dan Melaka (2).

Katanya, 5 negeri yang masih di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) menyumbang 1,449 kes atau 82.6% daripada keseluruhan kes positif hari ini.

Sebanyak 2 kematian dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan 729 kes, manakala 726 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Beliau berkata, 2 kematian hari ini membabitkan seorang wanita berusia 67 tahun dari Sabah dan seorang lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai sejarah penyakit tidak berjangkit.

Seramai 11,530 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara, dengan 83 orang masih ditempatkan di unit rawatan rapi dan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.