456 individu ingkar arahan PKP, kata menteri

456 individu ingkar arahan PKP, kata menteri

455 orang dikenakan dikompaun dan seorang direman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 277 sekatan jalan raya di bawah Operasi Benteng dijalankan semalam dan berjaya menangkap 25 pendatang asing tanpa izin dan 2 tekong.
PETALING JAYA:
Kerajaan memaklumkan polis menahan 456 individu semalam selepas didapati melanggar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 455 individu dikompaun dan seorang direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk tidak memakai pelitup muka (143), penjarakan fizikal (137), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (77), aktivti pusat hiburan (28), dan lain-lain (71),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Operasi Benteng semalam berjaya melakukan tangkapan melibatkan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong.

Katanya, dalam operasi itu turut merampas 9 kenderaan darat.

“Sebanyak 277 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.