Tak perlu lancar program baru, cari jalan baiki khidmat asas, Yeoh beritahu menteri

Tak perlu lancar program baru, cari jalan baiki khidmat asas, Yeoh beritahu menteri

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, menteri dan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sepatutnya mencari penyelesaian bagi memperbaiki perkhidmatan asas JKM.

Hannah Yeoh berkata, perkhidmatan asas JKM kritikal buat pemohon yang terdiri daripada warga emas, OKU dan keluarga memerlukan yang menunggu bantuan kerajaan.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepatutnya mempercepatkan bantuan untuk golongan memerlukan bagi menghadapi impak Covid-19, bukannya melancarkan produk atau program baru.

“Menteri dan timbalan menteri seharusnya mencari penyelesaian bagi memperbaiki perkhidmatan asas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata, penjawat awam sebenarnya ialah “frontliner” yang belum pernah berhenti bekerja sejak perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan Mac lalu.

Yeoh berkata, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Yusoff dalam sidang Parlimen hari ini mengakui lebih 2,000 permohonan bantuan kebajikan JKM belum diproses di Wilayah Persekutuan.

Pada 1 Nov lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun melancarkan program bantuan baru “Kembara Prihatin Negara” yang menyasarkan sejuta penerima bantuan.

Bantuan akan disalurkan kepada golongan memerlukan, khususnya mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Yeoh berkata, penjawat awam di peringkat negeri memerlukan banyak bantuan daripada KPWKM di Putrajaya untuk membantu mereka menangani pertambahan bebanan kerja.

Bekas timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu berkata, penjawat awam sebenarnya ialah “frontliner” yang belum pernah berhenti bekerja sejak perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan Mac lalu.

Beliau turut mempersoalkan jika KPWKM mengecualikan pelindung kanak-kanak daripada tugasan pentadbiran dan kerja lain supaya kes penderaan kanak-kanak boleh ditangani segera.

“Pelindung kanak-kanak mempunyai tanggungjawab berat supaya tiada kanak-kanak kehilangan nyawa kerana mereka ini tidak mampu menyelamatkan diri daripada keganasan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.