3 mukim melibatkan Perak, Terengganu, NS kena kawalan bersyarat

3 mukim melibatkan Perak, Terengganu, NS kena kawalan bersyarat

Kawalan bersyarat di Rasau, Parit Buntar, dan Jimah berkuatkuasa 7 Nov hingga 20 Nov.

Tiga mukim yang dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) adalah mukim Mukim Rasau di Terengganu; Mukim Parit Buntar di Perak; dan Mukim Jimah Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR:
Kawalan di 3 mukim melibatkan Perak, Terengganu, dan Negeri Sembilan akan dikenakan secara bersyarat, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Perintah kawalan pergerakan bersyarat bagi Mukim Rasau di Dungun, Terengganu; Mukim Parit Buntar di Parit Buntar, Perak; dan Mukim Jimah di Port Dickson, Negeri Sembilan akan berkuatkuasa 7 Nov hingga 20 Nov.

Pelaksanaan PKPB ini juga bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di mukim ini, katanya.

Bagi Parit Buntar, KKM memaklumkan sebanyak 12 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga 3 Nov, dan penilaian risiko oleh KKM menunjukkan trend peningkatan kes terus berlaku.

PKPB ini melibatkan 45,359 orang penduduk dan 7,847 unit rumah.

Bagi Rasau, KKM memaklumkan sebanyak 25 kes positif direkodkan selepas 2,823 saringan.

PKPB ini melibatkan seramai 43,687 orang penduduk.

Bagi Jimah pula, KKM memaklumkan sebanyak 11 kes positif direkodkan dalam masa seminggu dan semuanya kes bergejala.

PKPB ini melibatkan seramai 24,540 orang penduduk.

SOP PKPB bagi mukim-mukim ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Majlis Keselamatan Negara, dan perincian berkenaan dengan sempadan yang terlibat boleh dirujuk kepada MKN negeri.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Tawau, dan Penjara Sandakan serta Kuarters Penjara Taman Wira, di Sabah berkuatkuasa 6 Nov hingga 19 Nov.

“Sehingga semalam, KKM merekodkan 440 kes positif membabitkan tahanan dan juga staf di Pusat Tahanan Sementara Tawau manakala 111 kes positif di Penjara Sandakan.

“PKPD di Pusat Tahanan Sementara Tawau akan melibatkan 1,707 individu terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan manakala Penjara Sandakan membabitkan seramai 1,605 individu merangkumi 1,308 tahanan dan 297 kakitangan.”

Beliau turut mengumumkan PKPD di Anjung Teduh FELDA Sahabat, Lahad Datu dilanjutkan bermula 7 Nov hingga 20 Nov susulan penilaian risiko yang dilaksanakan KKM.

Mengulas mengenai PKPD di Penjara Pokok Sena, Kedah yang dilanjutkan sehingga 7 Nov, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan itu susulan hanya 52 kes aktif sedang dirawat daripada 376 kes positif yang dilaporkan sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.