
“Terdapat banyak premis harta kediaman atau harta komersial yang terjejas tanpa disewa untuk kadar waktu yang agak panjang.
“Elaun kekosongan adalah pulangan balik cukai taksiran (rebat) bagi bangunan kosong dan tidak diduduki. DBKL mengikut akta yang sedia ada, ingin memaklumkan terdapat insentif yang boleh digunakan iaitu elaun kekosongan,” katanya dalam kenyataan.
DBKL berkata terdapat 646,061 akaun cukai taksiran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk 2020.
Katanya, daripada jumlah itu, 529,770 (82%) adalah harta kediaman dan 116,291 (18%) merupakan harta komersial.
“Elaun kekosongan ini boleh dimohon dengan cara mengisi borang permohonan elaun kekosongan dan dihantar kepada Jabatan Kewangan DBKL.
“Borang permohonan boleh didapati di kaunter bayaran Ibu Pejabat Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut dan muat turun di portal rasmi DBKL www.dbkl.gov.my.
“Kadar elaun kekosongan yang diberikan bergantung kepada jenis dan lokasi bangunan,” katanya.