Senator sah pegawai khas positif Covid-19

Senator sah pegawai khas positif Covid-19

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan mengusulkan persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Senator Ras Adiba Mohd Radzi berkata, pegawai khasnya, yang juga adik beliau, disahkan positif Covid-19 dan kini mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.
KUALA LUMPUR:
Senator Ras Adiba Mohd Radzi hari ini mengesahkan bahawa seorang pegawai khasnya, yang juga adik beliau, disahkan positif Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan itu Ras Adiba berkata, beliau dan 10 lagi ahli keluarganya sedang menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

“Dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang menimpa diri saya dan keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya beliau reda dengan dugaan itu dan berharap agar Allah SWT melindungi semua daripada wabak Covid-19.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan mengusulkan agar persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan penularan gelombang ke-3 Covid-19 di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.