
Menteri berkenaan Saifuddin Abdullah berkata, KKMM melihat adalah penting bagi Belanjawan 2021 mengiktiraf kesalinghubungan internet sebagai satu ultiliti awam di negara ini.
“Ia tidak melibatkan soal dana kerana dana sudah ada, tetapi ia mengenai pemberitahuan bahawa kesalinghubungan internet diiktiraf sebagai utiliti awam yang sama penting seperti air dan elektrik.
“Ini kerana, KKMM pentingkan ia akan mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Saya berharap ia akan ada dalam ucapan (Belanjawan 2021),” katanya kepada media selepas melawat pusat media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Saifuddin berkata, kertas kerja mengenai cadangan itu telah dihantar dan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MFPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, 2 minggu lepas.
Jumaat ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen.