1,820 tahanan, 114 kakitangan pusat tahanan sementara KK dikenakan PKPD

1,820 tahanan, 114 kakitangan pusat tahanan sementara KK dikenakan PKPD

PKPD di Penjara Alor Star ditamatkan bermula esok susulan tiada kes positif direkodkan dalam tempoh 7 hari terakhir.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP sama terpakai di pusat tahanan sementara Kota Kinabalu berikutan PKPD yang dikenakan.
KUALA LUMPUR:
Pusat tahanan sementara Kota Kinabalu, Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 3 hingga 16 Nov ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu membabitkan 1,820 tahanan dan 114 kakitangan di pusat berkenaan.

“Sehingga 30 Okt, seramai 261 tahanan serta kakitangan disaring dan 56 tahanan didapati positif Covid-19.

“Bagi menyekat penularan virus berkenaan dalam kalangan tahanan dan kakitangan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di pusat tahanan sementara ini,” katanya pada sidang media hari ini.

“SOP tetap sama seperti pusat tahanan lain, iaitu banduan tak boleh keluar dari bilik tahanan atau pergerakan keluar masuk secara bebas,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, PKPD di Penjara Alor Star ditamatkan bermula esok.

“Ia susulan tiada kes positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh 7 hari (terakhir) ini,” katanya.

Mengenai operasi pematuhan SOP Covid-19, Ismail berkata, 485 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah itu, 480 individu dikompaun, manakala 5 lagi direman,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis berjaya memberkas 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 4 kenderaan darat menerusi 298 sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.