
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam serangan terbabit, dan mereka yang cedera semoga cepat sembuh.
“Semoga penyerang itu akan segera dibawa ke muka pengadilan,,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.
Wisma Putra berkata, serangan itu sekali lagi mengingatkan masyarakat antarabangsa mengenai perlunya menghapuskan ancaman keganasan secara menyeluruh dan berkesan.
“Ternyata, ancaman global ini tidak mengenal batas dan juga agama dan perkauman.”
Bagi memastikan usaha ini berkesan, masyarakat dunia harus bersatu menangani akar penyebab keganasan dan mempromosi budaya saling menghormati di samping menentang kebencian antara kaum, penganiayaan dan provokasi, kata kenyataan itu lagi.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki menyerang sebuah gereja di Nice dengan menggunakan pisau, yang meragut 3 nyawa, termasuk seorang wanita yang dipenggal kepalanya.
Pembunuhan kejam itu berlaku 2 minggu selepas seorang guru dibunuh di luar sekolahnya di utara Paris selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad di kelas.