3 sekolah agama di Johor Bahru diarah tutup

3 sekolah agama di Johor Bahru diarah tutup

Ini berkutan kes positif Covid-19 di sebuah sekolah kebangsaan di kawasan berdekatan.

Daerah Johor Bahru dilaporkan sebagai kawasan zon merah Covid-19 sejak semalam.
JOHOR BAHRU:
Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata, Sekolah Agama Taman Universiti 1 ditutup semalam hingga 4 Nov, manakala Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Agama FRU ditutup mulai hari ini hingga 7 Nov.

“Penutupan Sekolah Agama Bandar di sini, melibatkan 17 orang guru, 5 orang kakitangan sokongan dan 1,387 murid darjah 1 hingga 6 serta darjah khas.

“Manakala penutupan Sekolah Agama FRU yang terletak di Kuarters Polis Depoh di sini, melibatkan 4 guru dan 189 orang murid darjah 1 hingga 6,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi Sekolah Agama Taman Universiti 1 pula Tosrin berkata, ia membabitkan 1,176 murid darjah 1 hingga 6 serta darjah khas, 21 orang guru dan 4 kakitangan.

Menurut beliau, ketiga-tiga sekolah agama itu ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan murid dari sekolah kebangsaan berdekatan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan hari ini berkata, daerah Johor Bahru dilaporkan sebagai kawasan zon merah sejak semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.