Sabah benar sektor pertanian tertentu beroperasi sepanjang PKPB

Sabah benar sektor pertanian tertentu beroperasi sepanjang PKPB

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, majikan perlu memastikan maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja direkodkan.

Antara sektor pertanian yang dibenarkan beroperasi di Sabah semasa perlaksanaan PKPB ialah sektor perladangan koko, getah dan kelapa sawit.
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan beberapa sektor pertanian di negeri ini, beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, antaranya ialah sektor perladangan koko, getah dan kelapa sawit, dengan mengikut tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Antara SOP yang perlu dipatuhi majikan adalah menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan jangkitan, mengikut standard yang ditetap oleh KKM bagi mencegah penularan Covid-19.

“Majikan juga perlu memastikan maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja direkodkan dan disimpan oleh majikan atau pemilik ladang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, setakat hari ini sebanyak 102,730 bantuan bakul makanan diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.