549 individu ingkar PKP ditahan, ramai tidak pakai pelitup muka

549 individu ingkar PKP ditahan, ramai tidak pakai pelitup muka

Seramai 547 individu dikompaun dan 2 direman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 188 orang ditahan semalam kerana tidak memakai pelitup muka.
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, polis menahan 549 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Beliau berkata, seramai 547 individu dikompaun dan 2 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk tidak memakai pelitup muka (188), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Operasi Benteng berjaya menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam.

Beliau berkata operasi itu turut berjaya merampas 1 bot dan 6 kenderaan darat.

“Sebanyak 291 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.