PPBM Muar buat laporan polis terhadap pemimpin Umno gesa Muhyiddin letak jawatan

PPBM Muar buat laporan polis terhadap pemimpin Umno gesa Muhyiddin letak jawatan

Terdahulu, Setiausaha PPBM Muar, Edzhar Jasmary, menuduh ahli majlis kerja tertinggi Umno, Puad Zarkashi, seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Terdahulu, Setiausaha PPBM Muar Edzhar Jasmary menuduh Puad seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik berhenti bermain politik.
PETALING JAYA:
PPBM Muar sudah membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno yang menggesa presidennya, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Laporan dibuat oleh Ketua Penerangan Mohd Salleh Ahmad di Balai Polis Muar, Johor petang tadi.

Terdahulu, Setiausaha PPBM Muar, Edzhar Jasmary, menuduh ahli majlis kerja tertinggi, Puad Zarkashi, seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Sebelum ini, Puad dilaporkan menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan susulan keputusan Agong menolak cadangan Putrajaya mengisytihar “darurat”.

Sebelum itu, Agong dalam titahnya menyatakan tidak ada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Agong juga meminta ahli politik henti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.