Ibu pejabat MBSJ ditutup untuk pembersihan

Ibu pejabat MBSJ ditutup untuk pembersihan

Orang ramai dinasihat melakukan semua urusan secara atas talian.

Ibu pejabat MBSJ di USJ 5 ditutup sehari dan akan dibuka semula esok.
PETALING JAYA:
Ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di USJ 5 ditutup hari ini untuk kerja pembersihan bagi membendung penularan Covid-19.

Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan berkata, ibu pejabat MBSJ akan dibuka semula esok dan orang ramai dinasihat melakukan semua urusan yang perlu secara atas talian.

“Segala kesulitan amatlah dikesali. Untuk makluman lanjut, sila hubungi pusat panggilan MBSJ di talian 03-80247700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan rekod baru jangkitan Covid-19 dengan 1,240 kes dan jumlah kes baru di Selangor ialah ke-2 tertinggi, iaitu 176 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.