Tentera siap siaga walaupun negara tidak diisytihar darurat, kata panglima ATM

Tentera siap siaga walaupun negara tidak diisytihar darurat, kata panglima ATM

Semalam Sultan Abdullah Sultan Abdul Shah berkata, tiada keperluan untuk mengiytiharkan darurat di negara ini.

Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang berkata ATM sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga walaupun Yang di-Pertuan Agong memberitahu tiada keperluan darurat diisytiharkan di negara ini.
KUALA LUMPUR:
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga walaupun Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Abdul Shah berkata, tiada keperluan darurat diisytiharkan di negara ini.

Panglima ATM Affendi Buang berkata, penugasan anggota tentera kekal berjalan seperti biasa.

“ATM dalam keadaan stand by (siap siaga),” katanya ringkas.

Semalam, dilaporkan Sultan Abdullah berkata, tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Panglima ATM Affendi Buang.

Berikutan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara itu diputuskan setelah Sultan Abdullah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

Perbincangan khas Raja-raja Melayu berlangsung di Istana Negara, semalam.

Perbincangan itu bertujuan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Muhyiddin bersama beberapa menteri Kabinet ketika menghadap Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang Jumaat lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.