
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kes dicatatkan daripada kluster Penjara Kepayan juga menjadikan jumlah kes harian di Kota Kinabalu hari ini sebanyak 532 kes.
“Selain kluster Penjara Kepayan, 68 kes di Kota Kinabalu daripada saringan kontak rapat pesakit Covid-19, 14 saringan bergejala, 4 saringan kendiri, 4 saringan kemasukan hospital manakala 3 lagi kes saringan sebelum bekerja.
“Tawau pula mencatatkan kes ke-2 tertinggi iaitu 81 hari ini dan daripada jumlah itu kluster Benteng menyumbang 5 kes, kluster Tanah Merah (3), saringan bergejala (5), saringan kendiri (2), saringan dalam komuniti (31), saringan kontak rapat (33), saringan kemasukan hospital (1) dan saringan ‘Brought In Dead’ (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi berkata, setakat hari ini jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah sebanyak 12,754 manakala seramai 5,467 dilaporkan sembuh.
Katanya, Sabah turut mencatat 7 lagi kematian iaitu 3 kes berlaku di Kota Kinabalu, 2 di Sandakan dan masing-masing 1 kematian dicatatkan di Tawau serta Tuaran.