Agong tiba di Istana Negara, runding cadangan Muhyiddin

Agong tiba di Istana Negara, runding cadangan Muhyiddin

Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dijangka bermesyuarat hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dijangka akan berunding dengan Raja-raja Melayu di Istana Negara.
PETALING JAYA:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini tiba di Istana Negara untuk mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu berhubung cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Mesyuarat itu diadakan susulan spekulasi meluas yang mendakwa kerajaan mempertimbangkan langkah untuk mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen bagi menangani pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan berkata, Agong akan berunding dengan Raja-raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan dikemukakan Muhyiddin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam pertemuan lebih kurang satu setengah jam, Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat cadangan yang dicapai mesyuarat khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

Ahmad Fadil turut memaklumkan, Agong meminta semua rakyat bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini, sementara menunggu keputusan mengenai cadangan kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.