
Katanya, 213 orang ditahan kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (211), gagal merekod butiran diri (136), rentas negeri atau daerah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (37), dan lain-lain (91).
Beliau berkata, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai polis melakukan 53,974 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan.
“Sebanyak 2,514 pasukan pematuhan yang melibatkan 11,759 anggota membuat pemantauan di 3,360 pasar raya, 4,700 restoran serta 1,307 penjaja, 1,149 kilang, 3,354 bank dan 747 pejabat kerajaan.
“Juga dipantau 1,104 terminal pengangkutan darat, 270 terminal pengangkutan air serta 58 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, 10 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan 5 kenderaan dirampas menerusi 303 sekatan jalan yang dilaksanakan di bawah Operasi Benteng semalam.
Katanya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasaan akan terus memperketatkan kawalan di sempadan, khasnya lorong tikus.