Suruhanjaya Tenaga benar bacaan meter TNB secara fizikal semasa PKPB

Suruhanjaya Tenaga benar bacaan meter TNB secara fizikal semasa PKPB

Pembaca meter perlu mematuhi SOP pencegahan Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Suruhanjaya Tenaga berkata, ia tiada halangan bacaan meter TNB secara fizikal dijalankan di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
PUTRAJAYA:
Bacaan meter boleh dijalankan secara fizikal oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kediaman orang ramai dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Namun, ST menegaskan pembaca meter perlu mematuhi tatacara operasi standard (SOP) langkah pencegahan Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Mengenai pembacaan meter di kediaman orang ramai oleh pihak utiliti sepanjang tempoh PKPB, ST tiada halangan supaya bacaan meter dijalankan secara fizikal oleh pihak TNB,” menurut ST dalam kenyataan hari ini.

ST ialah badan kawal selia yang bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Berikutan pelaksanaan PKPB, ST turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan menggunakan elektrik secara selamat dan berhemah ketika berada di rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.