
Dalam kenyataan hari ini, MPB memaklumkan anggota keluarga kakitangan berkenaan adalah kontak rapat kepada rakan sekerjanya yang positif wabak itu.
“Kakitangan STMB berkenaan menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendalikan Kementerian Kesihatan dan kini menjalani rawatan di hospital kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu, MPB menjelaskan kakitangan berkenaan bekerja dari rumah secara penggiliran dan tidak berada di premis kumpulan sejak 10 Oktober.
“MPB sedang bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan dan mengambil langkah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.
“Kumpulan akan memberikan segala sokongan yang diperlukan kepada kakitangan berkenaan dan mendoakan beliau diberikan kesembuhan segera,” katanya.
Justeru, sebagai respons kepada arah kerajaan bahawa kakitangan bukan kritikal perlu bekerja dari rumah bermula esok, hanya kakitangan terpilih sahaja dibenarkan bekerja di premis syarikat.
“Persiapan sedang dibuat untuk semua kakitangan yang berkenaan menjalani ujian Covid-19. Operasi dan perniagaan MPB akan terus beroperasi seperti biasa dengan mematuhi SOP sedia ada,” katanya.
Sementara itu, pusat penjagaan dan kelengkapan haiwan peliharaan, PetsMore dalam kenyataan hari ini mengesahkan 2 kakitangannya di cawangan SS2 dan pusat beli-belah 1 Utama disahkan positif pada 19 dan 20 Oktober.
“Kami terpaksa menutup operasi di 2 cawangan berkenaan serta-merta untuk proses pembasmian kuman mengikut SOP ditetapkan.
“Cawangan berkenaan akan ditutup sehingga 1 tarikh akan dimaklumkan dengan pasukan kakitangan yang baru,” katanya.
PetsMore berkata, baki kakitangannya juga sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.