Semua pejabat JPN Sabah tutup mulai esok

Semua pejabat JPN Sabah tutup mulai esok

Ia sekali gus menjadikan semua 29 pejabat JPN di negeri itu ditutup.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata keputusan itu melibatkan pejabat di zon hijau dan kuning dan ia bertujuan membendung penularan Covid-19.
KOTA KINABALU:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mengumumkan penutupan operasi baki 8 lagi pejabatnya di negeri itu berkuat kuasa esok hingga tarikh akan dimaklumkan kemudian, sekali gus menjadikan semua 29 pejabatnya ditutup.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, keputusan itu melibatkan pejabat di zon hijau dan kuning, iaitu Kota Marudu, Pitas, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan, bertujuan membendung penularan Covid-19.

Sebelum ini, JPN Sabah menutup operasi 21 pejabatnya di zon merah.

“JPN Sabah juga ingin menasihati pelanggan menangguhkan urusan mereka di JPN hingga tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berakhir sekiranya tiada urusan yang mendesak atau kes kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairrul Aminus berkata, pelanggan yang mempunyai urusan penting seperti kehilangan kad pengenalan, boleh menghubungi JPN Sabah melalui talian di 088 488300, 088 488301 atau 088 488365.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.