Jaya Grocer klia2 ditutup selepas 2 pengawal keselamatan positif Covid-19

Jaya Grocer klia2 ditutup selepas 2 pengawal keselamatan positif Covid-19

Jaya Grocer berkata semua pengawal keselamatan sumber luar didapati negatif Covid-19, bagaimanapun mereka akan diganti sementara dengan kakitangan tempatan.

Premis Jaya Grocer di klia2 kini ditutup sehingga notis selanjutnya.
PETALING JAYA:
Premis Jaya Grocer di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditutup sementara selepas 2 pengawal keselamatan sumber luar disahkan positif Covid-19.

Pengurusan Jaya Grocer berkata, mereka mengambil inisiatif untuk membuat ujian saringan terhadap semua kakitangan sumber luar di seluruh Lembah Klang sejak minggu lalu.

Tambahnya, semua pengawal keselamatan sumber luar didapati negatif Covid-19, bagaimanapun mereka akan diganti sementara dengan kakitangan tempatan.

“Jaya Grocer klia2 ditutup bermula 20 Okt sehingga notis selanjutnya. Semua kakitangan dari premis ini akan menjalani ujian swab,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pembasmian kuman dan pembersihan sudah dijalankan di premis terbabit selepas ditutup semalam.

Beberapa minggu lalu, kes Covid-19 dilaporkan di pelbagai pusat beli-belah di Lembah Klang berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.