26 daerah diklasifikasikan zon merah dalam tempoh 14 hari

26 daerah diklasifikasikan zon merah dalam tempoh 14 hari

Terdapat 16 daerah di Sabah dikategorikan sebagai zon merah manakala Selangor mencatatkan 5 daerah, masing-masing 2 daerah di Kedah dan Pulau Pinang dan 1 di Perak.

Sabah mencatatkan jumlah daerah diklasifikasikan sebagai zon merah tertinggi dalam tempoh 14 hari lalu.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan senarai diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan 5 daerah, masing-masing 2 daerah di Kedah (Kota Setar dan Pokok Sena) dan Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan), manakala 1 di Perak iaitu daerah Larut, Matang, Selama.

Memperincikan 16 daerah di Sabah itu, ia melibatkan daerah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Kunak, Papar, Semporna, Tawau, Putatan, Penampang, Ranau, Beaufort, Kota Belud, Keningau, Tambunan dan Kudat.

Lima daerah di Selangor pula melibatkan Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.

Dari segi mukim pula, Kedah melibatkan mukim Kota Setar dan Gajah Mati, Pulau Pinang (Georgetown dan Mukim 6), Perak (Taiping) dan Selangor (Klang, Kapar, Sungai Buloh, Petaling, Damansara, Kajang dan Tanjung Dua Belas (1)).

Selain itu, mukim merah di Sabah melibatkan Bandar, Silabukan dan kawasan Felda di Lahad Datu, Kota Kinabalu (Laut, Likas, Pantai, Sembulan, Darat, Kamung Air, Petagas dan Tanjung Aru), Sandakan (Sentosa, Karamunting, Beatrice, Batu Sapi, Sibuga dan Pantai Elopura), Tuaran (Indai, Serusup dan Tambalang); Kunak (Pekan), Papar (Pengalit/Kawang dan Labak/ Kinarut), Semporna (Bugaya dan Tampi-Tampi), Tawau (Sri Tanjung, Merotai dan Balung), Putatan (Petagas dan Lok Kawi), Penampang (Kepayan dan Penampang Baru), Kota Belud (Kulambai) dan Kudat (Tiga Papan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.