
Syarikat itu berkata, kerja pembasmian kuman sudah dijalankan di premis itu dan ia akan terus ditutup untuk pembersihan terperinci sehingga notis selanjutnya.
Katanya, pekerja itu tidak hadir bekerja sejak 11 Okt lalu dan sedang dirawat di hospital.
“Semua pekerja OldTown White Coffee di 1Utama sudah diberikan notis mengasingkan diri di rumah sejajar SOP dan sedang menunggu arahan lanjut Kementerian Kesihatan untuk pusingan ke-2 ujian Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kompleks beli-belah itu ditutup sejak 11 Okt lalu bagi tujuan pembasmian kuman dan saringan, selepas 3 pekerja dan seorang pengunjung dilaporkan positif Covid-19.
Kerajaan membenarkan 1Utama beroperasi semula semalam.