Tingkat 7 Sogo KL ditutup selepas kakitangan penyewa positif Covid-19

Tingkat 7 Sogo KL ditutup selepas kakitangan penyewa positif Covid-19

Kakitangan All IT Hypermarket kini di hospital dan kedai itu akan terus ditutup sehingga notis berikutnya.

Pengurusan Sogo KL berkata, tingkat 7 akan dibuka semula esok selepas kerja pembasmian kuman.
PETALING JAYA:
Tingkat 7 pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur ditutup untuk pembasmian kuman, selepas seorang kakitangan penyewanya disahkan positif Covid-19 semalam.

Pengurusan pusat beli-belah itu berkata, tingkat 7 akan dibuka semula esok, tetapi All IT Hypermarket akan terus ditutup sehingga notis selanjutnya.

Perniagaan di tingkat bawah hingga 6 akan beroperasi seperti biasa.

Katanya, kakitangan All IT Hypermarket itu tidak hadir bekerja sejak 12 Okt lalu dan kini di bawah pemantauan hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.