Tesco Extra Mutiara Damansara disanitasi selepas kes Covid-19

Tesco Extra Mutiara Damansara disanitasi selepas kes Covid-19

Pasar raya besar itu memaklumkan operasinya akan dibuka semula 10 pagi esok.

Tesco Extra Mutiara Damansara ambil langkah proaktif menyahkuman dan membersihkan pasar raya itu.
PETALING JAYA:
Seorang pelatih di Tesco Extra Mutiara Damansara diuji positif Covid-19 dan premis itu akan menjalani proses sanitasi malam ini, kata pihak pengurusan Tesco.

Tesco dalam kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti kontak rapat pelatih itu dan memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangannya.

“Pada masa sama, Tesco mengambil langkah proaktif menyahkuman dan membersihkan pasar raya itu,” katanya.

Pasar raya besar itu turut berkata ia akan dibuka semula 10 pagi esok.

Katanya, keselamatan kakitangannya dan pelanggan adalah keutamaan, dengan langkah ketat dikenakan di seluruh pasar raya bagi memastikan SOP Covid-19 dipatuhi.

Ia termasuk pemeriksaan suhu, penjarakan fizikal dan pelanggan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk menjalankan proses jejak kontak.

Kerja sanitasi kerap dilakukan terhadap kaunter juruwang, troli dan tandas, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.