
Laporan Senarai Barangan Dihasilkan Buruh Kanak-Kanak atau Buruh Paksa sebelum ini yang diterbitkan pada 2018 menyenaraikan industri elektronik, pakaian dan kelapa sawit di negara ini sebagai kategori amalan buruh kanak-kanak dan buruh paksa. Semua industri itu turut dimasukkan dalam senarai berkenaan pada edisi tahun ini.
Senarai edisi 2020 itu mendakwa amalan buruh paksa dalam industri sarung tangan getah Malaysia melibatkan sekitar 42,500 pekerja asing dari Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal yang bekerja di lebih 100 kilang sarung tangan getah di seluruh negara.
“Pekerja selalunya terikat dengan kos upah tinggi untuk menjamin pekerjaan yang sering membuatkan mereka terikat dengan hutang, dipaksa bekerja lebih masa sepatutnya yang ditetapkan undang-undang Malaysia dan bekerja di kilang yang suhunya boleh mencapai paras bahaya,” kata DOL dalam laporan itu yang juga mempunyai senarai berkenaan.
“Selain itu, buruh bekerja bawah ancaman hukuman, yang merangkumi penahanan gaji, pergerakan terhad dan penahanan dokumen pengenalan diri mereka.”
Pelanggaran seperti itu memenuhi petunjuk amalan buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Senarai itu tidak mengandungi tindakan menghukum dan ia bertujuan dijadikan pemangkin terhadap penyelarasan dan kerjasama yang memberi fokus dan strategik untuk mengemukakan isu amalan buruh paksa dan buruh kanak-kanak.
Sejumlah 155 barangan dari 77 negara terdapat dalam senarai terbaru itu yang dipaparkan pada 30 September.
Pada Julai, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) menguatkuasakan perintah penahanan terhadap produk 2 anak syarikat pembuat sarung tangan perubatan terbesar di dunia, Top Glove, susulan dakwaan mereka mengamalkan buruh paksa.
Perintah penahanan itu melarang pengimportan barangan Top Glove daripada memasuki AS dan sejak itu pembuat sarung tangan menyertai program pemulihan yang menelan kos RM136 juta yuran pengupahan dahulu untuk membalikkan keputusan CBP.
Pembuat sarung tangan lain di Malaysia, WRP Asia Pacific, juga dimasukkan dalam senarai CBP pada September lalu berikutan dakwaan produknya dihasilkan melalui amalan buruh paksa.
Larangan itu ditarik balik pada Mac berdasarkan maklumat diperoleh CBP yang menunjukkan syarikat berkenaan tidak lagi menghasilkan sarung tangan getah melalui amalan buruh paksa.
Dengan membekalkan 60% sarung tangan getah di pasaran dunia, pembuat sarung tangan getah Malaysia menyaksikan stok mereka melambung tinggi disebabkan peningkatan permintaan semasa pandemik Covid-19.
Pada September, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia menyemak semula jangkaan terhadap hasil pengimportan dengan pertambahan sebanyak 36.7% hingga RM29.8 bilion dan nilai pengeksportan bertambah 9% hingga 240 bilion helai sarung tangan tahun ini.