Putrajaya lulus pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia, menurut laporan

Putrajaya lulus pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia, menurut laporan

Nikkei Asia melaporkan dana itu akan diagihkan bulan depan oleh sekumpulan bank tempatan di bawah satu skim kerajaan.

AirAsia akan menggunakan dana itu untuk membayar pinjaman jangka pendek dan dijadikan modal kerja.
PETALING JAYA:
Putrajaya dilapor meluluskan pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia Group Bhd untuk membantu syarikat penerbangan tambang rendah itu mengharungi kesulitan akibat pandemik Covid-19.

Nikkei Asia melaporkan pinjaman itu dijangka diagihkan bulan depan oleh sekumpulan bank tempatan di bawah satu skim kerajaan, dengan 80% pinjaman itu dijamin Kementerian Kewangan.

“RM1 bilion itu dianggap sangat penting buat AirAsia untuk pembayaran pinjaman jangka pendek dan membiayai modal kerja,” kata sumber dalam kementerian kepada Nikkei Asia.

Sumber lain berkata, Putrajaya pada awalnya menawarkan pinjaman RM500 juta, tetapi ia kemudian membenarkan permintaan RM1 bilion.

Sementara itu, satu lagi sumber dalam AirAsia memberitahu laman berita kewangan itu, syarikat penerbangan terbabit dijangka memberhentikan lebih ramai pekerja bulan depan.

Sumber itu berkata, pusingan seterusnya pemberhentian pekerja akan menjejaskan lebih 400 kakitangan, tidak hanya terhad kepada kru kabin dan juruterbang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.