Seruan gencatan politik bagus, tapi Muda perlu lebih pengaruh, kata penganalisis

Seruan gencatan politik bagus, tapi Muda perlu lebih pengaruh, kata penganalisis

Penganalisis James Chin berkata Muda adalah inisiatif yang baik kerana belia Malaysia memerlukan permulaan dalam usaha membawa perubahan kepada sistem politik negara.

Seorang penganalisis berkata Muda memerlukan “ikon lain yang memiliki aura tersendiri” bukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semata-mata.
PETALING JAYA:
Seorang penganalisis berkata Muda sebagai parti baharu memerlukan lebih personaliti ikonik bukan hanya pemimpinnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berikutan parti itu gagal menyeru gencatan politik.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia memberitahu FMT, beliau melihat Syed Saddiq sebagai baru dalam bidang politik Malaysia dan percaya parti itu memerlukan “ikon lain yang memiliki aura tersendiri”.

Kempen Muda yang dikenali sebagai PauseMalaysia, gagal mendapat perhatian dalam kalangan bekas rakan Syed Saddiq dalam Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir dan bekas ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM Ulya Aqamah Husamudin antara yang membantah kempen itu.

Kempen itu bertujuan menyeru gencatan semua parti politik dengan meminta ahli politik mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan membantah seruan mengadakan pilihan raya umum serta rampasan kuasa ketika negara memerangi Covid-19.

Azmi mengakui niat baik di sebalik seruan itu tetapi menambah: “Parti itu sangat baru dan tanpa pengaruh politik, terputus dari segi jangkaan yang realistik.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, kempen Muda tidak kena pada masa memandangkan pemimpin kanan dalam pembangkang bersiap sedia menghadapai cabaran Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk jawatan perdana menteri.

“Walaupun tiada cabaran daripada Anwar buat masa ini, saya tidak rasa mereka akan berhenti.” katanya kepada FMT. “Cara politik adalah dengan struktur institusi masih di situ, ia tidak akan berlaku gencatan politik.”

Bagaimanapun, beliau percaya Syed Saddiq jujur ingin menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kepada pengundi muda.

“Banyak parti politik utama bercakap mengenai kepentingan orang muda dalam sistem Malaysia tetapi akhirnya, orang tua yang selalu dipilih, bukan orang muda,” katanya.

Chin berkata Muda adalah inisiatif yang baik kerana belia Malaysia memerlukan permulaan dalam usaha membawa perubahan kepada sistem politik negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.