Selesai, tiada apa, kata bekas MB Johor tentang siasatan bantu kempen calon bebas PRK Slim

Selesai, tiada apa, kata bekas MB Johor tentang siasatan bantu kempen calon bebas PRK Slim

Osman Sapian memaklumkan sudah memberi keterangan kepada jawatankuasa lembaga disiplin PPBM.

Adun Kempas Osman Sapian didakwa membantu kempen calon bebas pada Pilihan Raya Kecil DUN Slim.
JOHOR BAHRU:
Adun Kempas Osman Sapian mengesahkan sudah dipanggil dan disiasat jawatankuasa lembaga disiplin PPBM bulan lalu.

Katanya, semua siasatan terhadapnya selesai dan beliau sudah memberi segala keterangan kepada jawatankuasa itu.

“Sudah selesai saya sudah bertemu lembaga disiplin. Ya (bulan lalu). Tiada apa,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT hari ini.

Bulan lalu Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatankuasa lembaga disiplin parti perlu menyiasat dan memanggil Adun Kempas itu untuk memberi keterangan.

Katanya, PPBM menyerahkan sepenuhnya kepada lembaga disiplin parti untuk menentukan tindakan terhadap bekas menteri besar Johor itu, yang didakwa membantu kempen calon bebas pada Pilihan Raya Kecil DUN Slim.

Video menunjukkan Osman sedang berucap ketika kempen calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Pejuang tular bulan lalu dan menimbulkan pelbagai spekulasi politik di Johor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.