
Seksyen itu, katanya, menegaskan pegawai awam tidak boleh menggunakan jawatan untuk kepentingan diri atau “saudara mara”.
“Saudara mara ditafsirkan bawah Seksyen 3 Akta SPRM, menyebut saudara mara terdiri daripada anak, isteri, ipar, nenek dan sebagainya,” katanya dalam wawancara MACC.FM hari ini.
Ditanya apakah menjadi suatu kesalahan untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melantik ahli politik ke jawatan dalam syarikat itu, Azam berkata itu “tidak menyalahi undang-undang”.
“Namun, penting untuk mereka yang dilantik ini tidak terlibat dalam kesalahan jenayah atau pada pandangan kami tidak ada dalam kes mana-mana yang sedang dituduh di mahkamah,” katanya.
SPRM bagaimanapun mencadangkan sekiranya ingin melantik ahli politik, “seeloknya mereka yang berkemampuan untuk mengetuai syarikat”.