Mampukah Malaysia pimpin Asean ‘tembusi’ Laut China Selatan?

Mampukah Malaysia pimpin Asean ‘tembusi’ Laut China Selatan?

Tiada negara secara realistiknya boleh menuntut semua ciri dalam wilayah dipertikai, dan penuntut mesti berdepan realiti bagi selesai sebarang pertikaian.

Laut Malaysia instead of South China Sea

Laut China Selatan menjadi tumpuan pertikaian wilayah, sumber meluas dan lokasi strategiknya menjadikan lautan itu tumpuan ketegangan serantau.

Negara seperti Vietnam, Filipina, dan Malaysia masing-masing bersaing menuntut, manakala China menuntut penuh, didukung kekuatan ketenteraan, sekali gus menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia. Rundingan kod tatalaku (COC) diketuai Asean masih berjalan, namun kemajuan begitu perlahan.

Pertikaian ini sukar diselesaikan memandangkan ia melibatkan banyak bahagian. Pertikaian Laut China Selatan mempunyai enam penuntut, semuanya mempunyai tuntutan kompleks dan bertindih ke atas kumpulan ciri dan bukannya pertikaian sempadan kecil.

Vietnam menuntut 30 ciri di Laut China Selatan, Filipina pula sembilan tuntutan, Malaysia dengan enam tuntutan, China dengan tujuh tuntutan, manakala Brunei satu. Semua penuntut ini, kecuali Brunei telah membina atau menduduki pos dituntut, namun usaha China mengatasi segala kekuatan Asean.

Pertikaian Laut China Selatan menjadi topik hangat dalam persaingan Sino-Amerika. Walaupun bukan menjadi penuntut, Amerika Syarikat (AS) berhujah Laut China Selatan penting untuk matlamatnya menjadikan wilayah Indo-Pasifik bebas dan terbuka.

Justeru, AS melaksanakan beberapa operasi “kebebasan navigasi” dan latihan tentera laut, termasuk sekurang-kurangnya mempromosikan persepsi tuntutan dibuat Asean mencerminkan kedudukannya.

Kaedah mudah dan terpantas bagi Asean dan China mencapai penyelesaian undang-undang adalah semua pihak terlibat sama ada bidang kuasa tribunal, atau penggunaan rangka kerja minilateral berpandukan Asean.

Namun, pendekatan ini memerlukan kerjasama semua penuntut untuk berkesan. Malaysia mempunyai peluang mempamerkan kepimpinannya dalam rantau ini, di mana negara lain gagal menggunakan perhubungan istimewa dengan China bagi membawa negara itu ke meja rundingan.

Dalam pada itu, pendekatan membina keyakinan boleh diambil pihak penuntut dalam pertikaian di Laut China Selatan. Pendekatan membina keyakinan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, komitmen teguh untuk memuktamad dan melaksanakan COC Laut China Selatan.

Meskipun China telah menunjukkan kesediaan awal bagi perundingan COC, perbincangan tertangguh dan berterusan bertahun-tahun lamanya. Komitmen terhadap pendekatan ini oleh Asean dan China merupakan komitmen bagi kerjasama dan persefahaman antara negara terlibat, bagi mengelak konflik.

Akhirnya, situasi pengurangan ketegangan di Laut China Selatan membolehkan pewujudan dan pelaksanaan pendekatan dua landasan sebagai matlamat.

Pendekatan dua landasan yang dicadangkan Brunei, yang mana penuntut bekerjasama langsung menyelesaikan pertikaian kedaulatan dan wilayah, sambil bersama mengekalkan keamanan di Laut China Selatan. Keyakinan selanjutnya juga dapat dibina dengan memudahkan pembangunan bersama dalam kawasan rebutan oleh pihak berkenaan sementara menunggu perundingan dan keputusan timbang tara.

Apabila pendekatan membina keyakian dicapai, ada kemungkinan bagi pertimbanghan kerjasama Asean-China dalam penyelesaian sebenar dalam pertikaian itu. Penyelesaian yang meluas diterima adalah semua tuntutan perlu diasingkan.

Sesungguhnya, keputusan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa menolak tuntutan Malaysia ke atas Pedra Branca, dengan merujuk ia milik Johor “sejak dahulu lagi” mampu memberi keselesaan kepada banyak pihak terlibat, mengambil kira penekanan sejarah semata bukan penentuan kedaulatan di Laut China Selatan, sebaliknya pendudukan berkesan sepatutnya menjadi faktor penentu.

Walaupun penyelesaian secara teorinya berkemungkinan, ia perlu kepada meninggalkan pemikiran “zero-sum game” di Laut China Selatan.

Tidak ada negara boleh menuntut semua ciri secara realistik di wilayah dipertikai, dan penuntut mesti berdepan realiti untuk menyelesaikan pertikaian dengan gangguan minimum kepada sistem antarabangsa berasaskan peraturan.

Asas kompromi boleh dan mesti berdasarkan ‘uti possidetis, ita possideatis’ (apa kamu ada, kamu simpan) – namun semua negara mesti meninggalkan segala tuntutan dalam wilayah dipertikai.

Menyokong kompromi ini berasaskan corak pendudukan semasa di Laut China Selatan adalah sah, di mana disokong fakta bahawa sebahagian besar ciri mahu direbut tidak diduki berkali ganda.

Akhirnya, Malaysia mempunyai potensi menerajui Asean untuk berjaya di Laut China Selatan dengan bergantung kepada keupayaan mengimbangi kepentingan negara dengan kestabilan serantau.

Kepusatan Asean satu-satunya yang akan meletakkan negara anggota pada kedudukan terkuat dalam berurusan dengan China ketika menghampiri meja rundingan. Bagi memecahkan kebuntuan, Malaysia mesti memimpin Asean dalam kerjasama dalam blok bagi menyelesaikan pengasingan tuntutan.

Dengan menjuarai dialog dan kerjasama, Malaysia bukan sahaja memajukan perundingan COC, bahkan juga mengukuhkan peranan Asean sebagai pemain utama dalam keselamatan serantau.

 

Lauren Lopez adalah pembaca FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.