
Bank Negara mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada 4.0-5.0% untuk 2024 disokong permintaan domestik dan pemulihan dalam eksport.
Ini sama dengan tahun lalu disebabkan persekitaran ekonomi dan risiko ke bawah khasnya daripada faktor global yang sebahagian besarnya tidak berubah.
Pelaburan diunjurkan berkembang pada 6.2% melebihi purata pra-Covid 5.5%. Ada beberapa berita baik berhubung kelulusan pelaburan dan khasnya pelaburan semikonduktor di Malaysia daripada pemain antarabangsa utama seperti AT&S, Intel, Infineon, Texas Instruments, Ericsson, Bosch dan Nvidia. Cabarannya ialah memperbaharui ekosistem untuk menukar kelulusan kepada pelaburan sebenar.
Dagangan bersih pada Januari dan Februari dilihat lemah walaupun ada peluang sangat kecil untuk defisit. Kemerosotan besar adalah dalam eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang jatuh 8.1% daripada RM91.39 bilion pada Jan-Feb 2023 kepada RM83.99 bilion pada Jan-Feb 2024. Bahagian eksport E&E turut merosot daripada 40.6% kepada 35.9%.
Imbangan perdagangan mengetat sebahagian besarnya disebabkan permintaan luaran sangat lemah di luar kawalan pembuat dasar Malaysia. Pertumbuhan global diunjurkan pada 2.7-3.2% di bawah purata pra-Covid 3.5% dan dagangan global diramalkan berkembang pada 2.9-3.4% di bawah purata pra-Covid 3.7%.
Ringgit lemah turut membantu eksport dan dasar menggalakkan penghantaran pulang keuntungan dalam jangka pendek. Tetapi, kekuatan ringgit bergantung kepada pembaharuan struktur jangka panjang dan daya tahan ekonomi terhadap pertumbuhan penghantaran pada 2024.
Inflasi utama diunjurkan pada 2.0-3.5%, inflasi teras antara 2.0-3.0%, jadi kestabilan harga bertambah baik dan kadar faedah patut kekal sekitar 3.0%.
Penggunaan diramalkan berkembang pada 5.7% di bawah purata pra-Covid 6.9%. Unjuran konservatif ini memfokuskan agenda reformasi kerajaan, khasnya rasionalisasi subsidi dan meningkatkan pendapatan sebagai pemacu utama pertumbuhan bagi tahun mendatang.
Industri menganggarkan apungan harga petrol dan diesel mungkin mengurangkan jumlah subsidi kerajaan sebanyak RM29 bilion, tetapi ia akan menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kos sebanyak RM29 bilion.
Penjimatan terbesar dalam jangka pendek tanpa menjejaskan pengguna ialah tindakan tegas terhadap penyeludupan dan kecurian diesel, tetapi penjimatan kerajaan juga perlu diagihkan semula kepada golongan berpendapatan rendah bagi meningkatkan pendapatan mereka untuk membayar kos bahan api lebih tinggi.
Setakat ini, cara terbaik meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan mutlak, relatif dan lain-lain adalah menetapkan ambang pendapatan asas sejagat (UBI) berdasarkan anggaran gaji sara hidup Bank Negara, DOSM dan Belanjawanku KWSP. Mereka yang berada di bawah ambang ini perlu menerima pindahan tunai terus untuk menambah nilai ke tahap UBI.
Ini asas sistem baharu Padu dan boleh menggantikan semua pemberian kebajikan ad-hoc lain serta gaji minimum.
Pindahan tunai langsung tidak memerlukan kos tinggi dan boleh digabungkan serta dibayar daripada peruntukan subsidi sedia ada. Pemindahan bulanan RM500 kepada isi rumah B40 akan menelan belanja RM17.5 bilion setahun, jauh lebih rendah daripada jumlah subsidi semasa RM80 bilion.
Sebenarnya, penyelesaian lebih besar dan lebih baik untuk kemiskinan tegar dan mutlak serta meningkatkan pendapatan disediakan ekonomi gig dan platform platform Ekonomi Perkongsian, di mana orang ramai mencari peluang pendapatan baharu.
Anggaran kami untuk MDEC mencadangkan Ekonomi Perkongsian boleh mewujudkan 968,100 pekerjaan baharu dalam jumlah tenaga kerja sebanyak 4.3 juta dengan purata pendapatan RM6,072 sebulan. Ini lebih penting dan berkesan; ia boleh menjana pendapatan RM300-400 bilion kepada pekerja dalam sektor ini.
Perkara asasnya jelas, dasar makroekonomi dan kadar faedah ditetapkan untuk membantu pertumbuhan, tetapi pembaharuan struktur bagi meningkatkan pendapatan adalah pemacu pertumbuhan dan pelaburan domestik penting dalam menghadapi cabaran global.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.