
Banyak syarikat dan perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat menampung kos operasi. Ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian. Selain mereka yang kehilangan kerjaya, graduan paling terkesan dengan peluang kerja yang tidak kunjung tiba.
Segelintir syarikat ingin mengambil pekerja yang memiliki pengalaman dan ini menyebabkan “fresh graduate” tercicir. Selain itu, faktor gaji kecil menyebabkan graduan tidak berminat mendapatkan pekerjaan, selain ‘lari’ daripada bidang yang dipelajari semasa di universiti.

Pure Education Sdn Bhd selaku penyedia latihan terpilih untuk menjalin kerjasama itu sejak Jun lalu menghargai dan menyambut baik peluang tersebut. Antara pekerjaan dan latihan yang kami tawarkan termasuk bidang makanan dan minuman, pembuatan, perhotelan, peruncitan, komunikasi, dan sebagainya.

Program SPN banyak memberi manfaat kepada syarikat penyedia latihan khususnya dalam memberi latihan kepada bakal pekerja. Ini membolehkan syarikat penyedia latihan seperti kami membantu mana-mana syarikat yang tidak mempunyai dana untuk menyediakan latihan kepada bakal pekerja mereka. Selain itu, kami juga dapat membantu syarikat-syarikat yang mengalami kesukaran untuk mencari pekerja.
Pada masa sama, dengan menyertai SPN, graduan yang tidak memiliki pengalaman berpeluang cerah untuk mendapat pekerjaan. Program ini wajar diteruskan kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran belia, sekali gus memberi sinar kepada rakyat yang terkesan dengan impak Covid-19.
Majikan yang menyediakan peluang latihan dan pekerjaan melalui SPN akan mendapat manfaat subsidi upah Penjana berjumlah RM600 dalam tempoh enam bulan dan subsidi latihan RM4,000 seorang, dengan syarat majikan perlu berdaftar dengan PERKESO dan HRDF.

Majikan atau syarikat yang ingin menyertai program SPN bagi menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada belia boleh menghubungi sekretariat SPN melalui e-mel [email protected] atau talian 03-8871 3265/ 3264 / 3463.
Permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian melalui http://perantisan.kbs.gov.my.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.