Wanita warga emas maut dijangkiti varian Covid Alpha dan Beta serentak

Wanita warga emas maut dijangkiti varian Covid Alpha dan Beta serentak

Menurut pakar, berkemungkinan wanita ini dijangkiti virus tersebut daripada dua individu berbeza.

Ahli sains memberi amaran, ujian lanjut perlu dijalankan selepas seorang wanita di Belgium dijangkiti dua varian Covid-19 berbeza iaitu Alpha dan Beta secara serentak. (Gambar AFP)

Seorang wanita berusia 90 tahun maut selepas dijangkiti dua varian Covid-19 Alpha dan Beta secara serentak.

Ahad lalu, penyelidik di Belgium menyifatkan fenomena luar biasa itu berkemungkinan dipandang ringan.

Wanita yang belum divaksin dan tinggal bersendirian itu dimasukkan ke Hospital OLV di bandar Aalst, Belgium, selepas terjatuh pada Mac lalu, disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama.

Walaupun tahap oksigen wanita itu baik, namun kesihatannya merosot dengan pantas dan meninggal dunia lima hari kemudian.

Ujian yang dijalankan kakitangan perubatan untuk mengesan kehadiran varian membimbang (VOC), mendapati mangsa dijangkiti strain Alpha yang berasal dari Britain dan Beta yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan.

“Kedua-dua varian itu sedang menular di Belgium, jadi terdapat kemungkinan wanita ini dijangkiti virus itu daripada dua individu berbeza.

“Malangnya kita tidak tahu bagaimana dia dijangkiti,” kata ahli biologi molekul, Anne Vankeerberghen dari Hospital OLV yang mengetuai penyelidikan itu.

Menurutnya, sukar untuk mengatakan jangkitan bersama itu memainkan peranan kepada pantasnya kemerosotan keadaan pesakit.

Penyelidikan yang belum dihantar kepada jurnal perubatan untuk diterbitkan itu, dibentangkan kepada Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah.

Dalam satu kenyataan media, Vankeerberghen berkata, tiada kes lain berhubung jangkitan itu pernah diterbitkan dan fenomena itu berkemungkinan dipandang ringan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.