Sanggup berhabis lebih RM3,000 sebulan pesan makanan dalam talian

Sanggup berhabis lebih RM3,000 sebulan pesan makanan dalam talian

Xiao Li akan memesan makanan sekurang-kurangnya enam kali sehari.

Kini, berat badan Xiao Li mencecah 190kg dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Seorang lelaki di China sanggup berhabis sehingga lebih RM3,216 sebulan semata-mata untuk memesan makanan dalam talian

Menurut media tempatan, pemuda yang berasal dari bandar Xian di wilayah Shaanxi itu mempunyai ketinggian 180 sentimeter (cm). Biarpun beratnya sebelum ini mencecah 90kg dan sudah melebihi berat ideal, ia tidak pernah memberi masalah sehinggalah dia mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.

Difahamkan lelaki yang dikenali sebagai Xiao Li itu akan memesan makanan dalam talian sekurang-kurangnya lima hingga enam kali sehari.

Antara makanan yang sering dipesan termasuk nasi campur, mi daging, stik, ayam goreng yang kesemuanya berkalori tinggi.

Katanya, dia biasanya memesan apa saja makanan yang diingini dan akan mengikut saja seleranya.

Kos memesan makanan dalam talian sebulan boleh mencecah lebih 5,000 yuan (RM3,215) dan kadangkala lebih 10 ribu yuan (lebih RM6,000).
Kini, berat badan Xiao Li mencecah 190kg dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Dia mula merasa tidak selesa malah mudah mengalami sesak nafas ketika berjalan beberapa langkah disebabkan berat badannya yang melampau.

Pelbagai ikhtiar pernah dicuba termasuk menyertai kem latihan mengurangkan berat badan, namun dia masih gagal dan akhirnya kembali ke tabiat lama.

Akhirnya Xiao Li mendapatkan bantuan doktor yang bersetuju membedahnya bagi membantu mengurangkan berat badan dan hidup lebih sihat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.