Faraj: Jangan pandang ringan lelehan luar biasa, WAJIB jumpa doktor segera jika…

Faraj: Jangan pandang ringan lelehan luar biasa, WAJIB jumpa doktor segera jika…

Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit terasa gatal atau radang.

Lelehan luar biasa, berbau hanyir dan bahagian sulit terasa gatal atau radang perlu berjumpa dengan doktor segera. (Gambar Envato Elements)

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.

Lelehan faraj biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.

Lendir yang dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.

Jalani ujian pap smear jika aktif seks

Lakukan ujian pap smear sekiranya anda seorang yang aktif dalam hubungan kelamin. (Gambar Rawpixel)

Sekiranya anda seorang yang aktif dalam melakukan hubungan kelamin maka, anda perlu menjalani ujian lumuran pap (pap smear) dan pemeriksaan pelvis.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan dan penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi hormon.

Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit terasa gatal atau radang.

Penyakit lain dikaitkan dengan jangkitan faraj

Jangan pandang ringan kesihatan faraj anda. (Gambar Envato Elements)
  • Kulat candidiasis iaitu keputihan seperti kepingan susu basi.
  • Kuman tricomonas iaitu lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak dan berbuih.
  • Bakteria vaginosis iaitu lelehan berbuih dan berbau hanyir.
  • Kuman chlamydia namun jarang menyebabkan lelehan.
  • Kuman gardneralla iaitu lelehan cair dan berbau busuk.

Berjumpa pegawai perubatan dengan segera dan jalani pemeriksaan vagina jika ada tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

Beberapa panduan menjaga kebersihan faraj

Amalkan gaya hidup sihat bagi memastikan faraj sentiasa sihat. (Gambar Envato Elements)
  • Sentiasa pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan.
  • Gunakan pelapik seluar dalam pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
  • Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gulanya.
  • Amalkan gaya hidup sihat.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

SoCantik.my adalah sebuah portal berita kecantikan sosial diilhamkan untuk berkongsi pelbagai informasi serta berita terkini tentang dunia kecantikan, gaya hidup dan fesyen lokal mahupun antarabangsa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.