Muzium Vagina beri pendedahan penjagaan dan jangkitan perlu diambil tahu

Muzium Vagina beri pendedahan penjagaan dan jangkitan perlu diambil tahu

Muzium Vagina yang bakal dibuka di London November ini khas buat wanita untuk ketahui cara penjagaan dan jenis penyakit yang boleh dihidapi.

Jika sebelum ini terdapat Muzium penis di Iceland, kini di London juga bakal mempunyai Muzium Vagina pertama di dunia yang akan dibuka pada November ini.

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan, Zoe Williams berkata pembinaannya itu hasil daripada sumbangan orang ramai yang mahu masyarakat diberi pendedahan sewajarnya mengenai vagina.

Antara pendedahan tersebut, jenis penyakit yang mampu dihidapi di bahagian vagina dan apa langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang penyakit yang mampu terkena pada alat sulit itu.

Selain itu, pembinaan muzium ini juga adalah bagi menepis perasaan takut wanita yang sukar menyatakan masalah sebenar berkaitan vagina di hadapan doktor.

“Tujuan kami membina muzium ini adalah untuk memberi pendedahan tentang serviks khususnya dan boleh memberi pengetahuan secara terbuka tanpa rasa malu dan segan,” katanya kepada CNN.

Tambah beliau, muzium ini turut akan berkolaborasi dengan pendidik seks, serta beberapa pakar lain.

Selain itu pengasasnya, Florence Schecter berkata pembinaan Muzium Vagina itu adalah selepas kajian dibuat tentang muzium yang dikhaskan untuk Penis sahaja di Iceland.

Menurutnya lagi, ia akan dibuka pada 16 November ini dengan pameran mengenai vagina, produk pembersih feminin dan cara membersihkannya dengan betul.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.