
Kami faham, mungkin ramai yang risau mengenai keselamatan vaksin. Walaupun pembuatan vaksin telah dipercepatkan untuk membendung penularan wabak, itu tidak bermaksud vaksin tersebut tidak selamat digunakan.
Malah, pembuatan vaksin tersebut telah dipantau dengan rapi untuk memastikan ia selamat untuk kegunaan umum.
Selain itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam juga telah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus.
Walau bagaimanapun, ada kemungkinan anda akan mengalami simptom ringan yang bersifat sementara seperti:
- Sakit di tempat suntikan
- Pening kepala
- Menggigil
- Keletihan
- Sakit sendi
- Demam
- Loya
- Rasa tidak sihat
- Kelenjar limfa bengkak
Vaksin tidak akan menyebabkan anda menghidap apa-apa penyakit. Malah, dengan melakukan vaksinasi, anda dapat memastikan diri anda dan ahli keluarga selamat daripada virus Covid-19.
Oleh sebab itu, sebagai rakyat yang bertanggung jawab, marilah kita bersama-sama menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]