Positif Covid-19 kali kedua, seluruh badan wanita ini dipenuhi ruam

Positif Covid-19 kali kedua, seluruh badan wanita ini dipenuhi ruam

Yang peliknya, Kathleen mengalami semua gejala virus korona itu ketika berada di bawah sinar matahari.

Seluruh badan Kathleen dipenuhi ruam dari kepala hingga ke hujung kaki. (Gambar Rawpixel)

Seorang wanita di Middlesbrough, positif Covid-19 kali kedua dan seluruh tubuhnya dipenuhi ruam.

Pada awalnya, Kathleen Sadler, 67, dijangkiti virus ini pada Mac 2020 dengan gejala yang cukup ringan tetapi menjadi lebih terus dan perlu dibawa ke hospital.

Tetapi yang peliknya, Kathleen mengalami semua gejala virus Covid-19 itu ketika berada di bawah sinar matahari. Dia mengalami 3 gejala utama, iaitu batuk, demam, dan hilang deria bau dan rasa.

Sewaktu mula-mula dijangkiti, Kathleen mengalami mual dan sakit perut, kemudian dia mula muntah yang banyak.

Gejala gastrointestinal akibat virus korona Covid-19 ini berlanjutan sehingga menjadi semakin parah, Kathleen pengsan dan dibawa ke hospital.

Setelah mendapat rawatan, dan dia merasakan sudah cukup sihat dan selamat dari wabak ini.

Namun, dua hari setelah pulang ke rumah, anak perempuannya perasan bahawa ibunya sering batuk secara berterusan.

Beberapa bulan kemudian, Kathleen kembali merasa sakit dan dia tidak pernah terfikir bahawa dia sebenarnya dijangkiti virus korona buat kali kedua.

Kathleen mengalami ruam dari kepala hingga ke hujung kaki selama 2 minggu. Ruam kulit yang agak luar biasa ini jelas berpunca dari virus Covid-19.

Pada jangkitan virus kedua ini, gejala Kathleen bermula dari jangkitan di dada yang terus menular ke seluruh tubuh dan kulitnya.

Kemudian, dia kehilangan deria bau dan rasa sebelum mengalami ruam dari kepala hingga hujung kaki.

“Setiap kali saya batuk, tulang rusuk dan punggung saya terasa sakit. Ruam kulit pada tubuh saya bagaikan satu seksaan,” jelas Kathleen.

Oleh kerana gejala yang dialaminya, Kathleen mengaku tidak boleh tidur selama 3 hari kerana dia mengalami batuk yang teruk dan merasa gatal seluruh tubuh.

Menurut Kathleen ruam kulit akibat virus ini telah menutupi kelopak mata, bibir, jari tangan dan kakinya hingga kulit kepala.

Malah, dia berasa amat sedih ketika disahkan positif Covid-19 buat kali kedua.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.